Tempat
Pelancongan di Marang, Terengganu.
Terletak hanya kira-kira 20km daripada Kuala Terengganu, Daerah
Marang sebenarnya menawarkan pelbagai tempat pelancongan yang cukup menarik dan
unik. Namun sayang sekali tidak ramai pelancong yang mengetahui tempat-tempat
ini. Jadi sebagai anak jati Marang, pemilik blog ini ingin berkongsi bersama
anda semua, apa yang menarik di Marang ini. Jom!
1. Pulau Kapas
Pulau Kapas! One of the most beautiful island
in our beloved land. Pulau Kapas adalah antara pulau yang sering menjadi
pilihan pengunjung dari luar dan juga dalam negeri. Jarak Pulau Kapas dari
darat hanyalah sekitar 15 minit. Jika anda ingin pergi ke Pulau Kapas, anda
bolehlah mengambil perhidmatan bot yang disediakan di sekitar Jeti Marang.
Antara syarikat yang menyediakan perkhidmatan bot ke Pulau Kapas ialah seperti
syarikat Mak Cik Gemok l dll. Kebiasannya, harga tambang bot untuk pergi dan
balik ialah sekitar RM 30 - 50. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di
Pulau Kapas adalah seperti snorkeling, skuba, barbekue, berkayak, banana boat
dan bermacam macam lagi. Chalet? jangan risau, terdapat banyak chalet di Pulau
Kapas. Anda boleh tidur di chalet dengan harga yang berpatutan.
2. Pulau Kekabu
Pulau Kekabu!Walaupun namanya Pulau Kekabu,
namun ia bukanlah sebuah pulau seperti Pulau Kapas. Ia merupakan sebuah kawasan
pantai landai yang sangat sesuai untuk bermandi manda. Jika anda adalah seorang
yang sukakan permandangan pantai, anda harus singgah di Pulau Kekabu ini.
Permandangannya sungguh mengasyikkan.
3. Bandar Marang ~ Bandar Nelayan
Dahulu Bandar Marang pernah digelar Pekan Koboi kerana pekannya
yang terlalu kecil dan kurang membangun berbanding bandar-bandar lain di Negeri
Terengganu. Namun tidak lagi kini kerana Bandar Marang sudah jauh berubah.
Banyak bank (BSN, CIMB, Bank Islam, Agro Bank), pasaraya (Zon Ria, Pasarayaku,
RM2, Ten-Ten dan lain-lain) dan restoran makanan segera (KFC,Pizza Hut) sudah
dibuka di Bandar Marang ini. Bandar Marang ini turut cukup terkenal sebagai
salah satu lokasi pendaratan ikan. Anda juga tak perlu risau mengenai kesesakan
kerana ia bandar kecil sahaja namun lengkap segala kemudahan. Sesuai untuk anda
yang lari daripada kesibukan.
4.
Medan Selera Kelulut
Medan
Selera Kelulut ini cukup terkenal dengan dengan kepelbagaian hidangan makanan
laut yang cukup segar daripada laut dan menyelerakan seperti ikan bakar, kerang
bakar dan sotong celup tepung. Harga pun berpatutan. Dibuka daripada petang
hingga lewat malam. Wajib singgah jika datang ke Marang.
5.
Pantai Kelulut
Pantai Kelulut terletak diantara Marang dan Rantau Abang. Anda
boleh menikmati keindahan pantai yang memanjang sayup mata memanjang. Kami
sendiri selalu berkelah disini. Pantai yang sungguh indah dan angin yang
sentiasa bertiup sangat sesuai untuk berehat. Kebiasaanya anak-anak kami tidak
akan melepaskan peluang untuk bermain wau.
Di Pantai Kelulut ini terdapat banyak kemudahan yang boleh anda
gunakan. Terdapat tandas awam dan pondok rehat bagi memenuhi keperluaan
pelawat. Kebiasanya kami sekeluarga akan membeli keropok goreng untuk dinikmati
bersama semasa berehat di pantai tersebut.
Pantai ini juga sentiasa menjadi tapak Pekan Budaya yang
diadakan secara tahunan.
6.
Jeti, Medan Selera dan Pasar Marang
Jeti Marang adalah merupakan satu kawasan yang dilabelkan oleh
Pelancongan Terengganu sebagai salah satu tempat pelancongan di negeri
Terengganu. Jeti ini merupakan gateway para pelancong untuk ke Pulau Kapas dan
aktiviti mencandat sotong. Terdapat beberapa kemudahan yang boleh membantu anda
dalam melancong ke Pulau Kapas.
Di kawasan ini terdapat deretan kedai syarikat pelancongan
yang menawarkan pakej pelancongan yang berpatutan. Terdapat juga kemudahan
surau dan tandas awam disini. Apa yang menarik disini, terdapat beberapa
tarikan lain yang berdekatan seperti lagun Marang, permandangan seperti
waterfront sungai Marang dan kawasan penempatan di tepi sungai Marang.
Jeti Marang
Kira-kira 50 meter daripada Jeti Marang ini, terdapat Pasar Marang
yang baru sahaja dinaik taraf bermula 2010. Di pasar ini, anda boleh membeli
pelbagai jenis ikan, sotong dan udang segar dari laut. Terdapat juga pelbagai
jenis kuih-muih tempatan yang wajib anda rasai jika ke sini.
Selain dari itu anda
juga menikmati makanan tempatan seperti Nasi Dagang, Nasi Minyak dan Laksa
Terengganu di deretan restoran / warung yang berada di tepi Sungai Marang.
Daripada kawasan ini juga, anda dapat melihat pemandangan muara sungai Marang
dan bot-bot nelayan yang berulang-alik ke jeti. Bayangkan betapa mengasyikkan
dapat menikmati sarapan sambil dibuai bayu angin laut.
7.
Lagun Marang
Indah, Tenang dan Damai ... itulah ungkapan sesuai bagi
mengambarkan keadaan tempat ini. Lokasi ini sentiasa menjadi pilihan jurugambar
untuk mendapatkan photo pemandangan perkampungan nelayan. Jelas masih
terpelihara keadaannya sebagaiman 5 tahun dahulu. Di lagun ini anda boleh
berkelah dan menikmati permandangan disungai yang jelas kelihatan pelbagai
jenis kawan ikan berenang ditepian sungai. Selain dari itu terdapat bot-bot
lama yang ditinggalkan mewujudkan suasana seperti era 70 - 80an.
Selain dari itu anda juga boleh melihat aktiviti nelayan seperti
aktiviti membaiki bot, membaiki pukat dan membuat bubu tangkapan hasilan laut
seperti ketam dan udang.
8.
Pembuatan Air Nira
Kampung
Batangan ini merupakan salah satu kampung yang sangat aktif dengan perusahan
kampungnya. Selain dari Perusahaan Dodol Palas, ianya juga terkenal dengan
Pembuatan Nisan Nira Kelapa. Nisan atau lebih dikenali di Pantai Barat sebagai
- gula merah.
9. Pembuatan Ketupat Palas
Dodol Daun Palas merupakan Perusahaan Tradisi penduduk kampung
Batangan Marang. Ianya sangat berlainan berbanding dengan dodol-dodol lain yang
ada di pasaran. Ini kerana setiap dodol yang di keluarkan akan dibalut
menggunakan daun palas. Penggunaan daun palas akan menjadikan dodol tersebut
lebih sedap baunya. Untuk makluman semua, terdapat banyak tempat yang
membuat dodol dikampung ini. Dodol yang dihasilkan tiada berjenama, cuma
apa yang membezakan dodol ini ialah rasanya dan warna plastik setiap bungkusan
besar.Satu bungkusan dodol daun palas ini adalah RM7 bagi 50 unit
dodol palas. Kebiasaannya di warung luar menjual dodol ini dengan
harga 20 - 30 sen satu.
10.
Keropok Lekor TERSEDAP di Terengganu
Keropok Lekor merupakan makanan paling popular
dan wajib dirasai jika berkunjung ke Terengganu. Kebiasaannya, pelancong luar
lebih mengenali Keropok Losong berbanding Keropok Marang. Sebenarnya, Marang
juga terdapat khazanah keropok lekor yang teramat sedap sekali. Jika anda
perasan, di sepanjang jalan Marang ini, terdapat banyak deretan keropok lekor.
Memang pening nak pilih yang mana satu. Ni salah satu kedai yang sedap
keropoknya, terletak berhadapan dengan pantai Kelulut.
P/S : Info di atas
diperolehi daripada dua blog ini. Terima kasih.
Saya ingin berkongsi dengan anda semua di sini tentang bagaimana saya mendapat pinjaman saya dari Encik Benjamin yang membantu saya dengan pinjaman sebanyak 400,000.00 Euro untuk memperbaiki perniagaan saya. Ia mudah dan cepat apabila saya memohon pinjaman apabila keadaan semakin kasar dengan perniagaan saya. Benjamin memberi pinjaman saya tanpa berlengah-lengah. di sini adalah e-mel Benjamin / e-mel kenalan: +1 989-394-3740, lfdsloans@outlook.com.
ReplyDelete